Ni bahan2 untuk buat mee hailam :
5cm halia di kisar
4 ulas bawang putih dikisar
2 biji bawang besar dikisar
secubit lada kering dikisar (6 - 10 batang)
200 gm daging lembu
200 gm sotong
200 gm isi ayam
2 sudu teh garam
5 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
4 pokok sawi pakcoy - patah sehelai2 daunnya
150gm kobis - dihiris lebar
1 batang carrot - dihiris
20 batang sayur jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
4 biji limau kasturi / limau nipis
1 kg mee kuning.
Cara2 :
Rebus dahulu daging sehingga daging empuk. (kalau nak cepat lembut letak garpu dalam tu sekali).
Tumis bahan2 yang dikisar hingga berbau wangi.
Masukkan daging,sotong,udang dan ayam.
Masukkan air rebusan daging sehingga bahan2 tersebut agak masak.
Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat dan sos tiram.
Campurkan bancuhan air tepung jagung dan tambah air daging lagisambil kacau rata.
masukkan sawi pakcoy,kubis,carrot dan jagung.
Kacau sehingga rata.
Pastikan cukup kuah...Jika terlalu pekat boleh tambahkan air.
Perahkan sedikit limau.
Curahkan kuah ke atas mee.

1 comments:
Picture tu kuah sahaja belum dicapur dengan mee...
Tak sempat nak snap picture kuah dengan mee tahu2 dah habis...
Post a Comment